Image1\
 

LAMAN UTAMA

Laman web Bahagian K-Ekonomi telah dibangunkan pada tahun 2003 bersempena Tahun ICT Melaka. Idea pembangunan laman web ini diilhamkan oleh mantan Ketua Menteri Melaka yang kesembilan, iaitu YB Senator Tan Sri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, sekembalinya beliau daripada lawatan kerja di Seoul, Korea. Laman web ini sentiasa dinaiktaraf dari semasa ke semasa bagi memastikan kandungannya selaras mengikut peredaran masa dan perkembangan teknologi terkini.

Tujuan utama laman web ini dibangunkan adalah untuk:

  • Menjadi sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat, memperolehi ilmu pengetahuan; serta
  • Melakukan pendaftaran secara atas talian sebagai peserta e-Melaka 

Laman web ini mengandungi maklumat berkenaan:

  • Sektor K-Ekonomi
  • MSC Malaysia
  • Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan
  • Statistik
  • Inisiatif yang dibangunkan Bahagian K-Ekonomi 

 

Sejajar dengan paradigma baru dalam konteks transformasi negara, perkhidmatan awam dituntut supaya lebih bersifat anjal atau fleksibel dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Mutu penyampaian perkhidmatan awam perlu sentiasa berorientasikan kepada kehendak rakyat yang sentiasa berubah pantas selari dengan gaya hidup, tahap pembangunan sosio ekonomi negara dan globalisasi.  

Berkuatkuasa pada 15 MEI 2014, pentadbiran Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) telah mengorak transformasi baru menerusi penstrukturan semula beberapa jabatan. Transformasi ini adalah sejajar dengan kerangka kerja transformasi perkhidmatan awam ke arah organisasi yang dinamik, terbuka, tangkas dan berkeupayaan tinggi. Namun begitu, setiap Bahagian atau Unit sedia ada yang distruktur atau digabungkan menjadi Bahagian atau Unit baru masih berfungsi berdasarkan fungsi dan peranan asal masing-masing. 

Bahagian K-Ekonomi sendiri tidak terkecuali daripada penstrukturan ini dan digabungkan bersama Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) sebagai Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK). Menerusi penjenamaan semula (rebranding) ini, Bahagian K-Ekonomi kini dikenali dengan nama SEKTOR K-EKONOMI, BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI, JABATAN KETUA MENTERI MELAKA. 

Penstrukturan semula Bahagian/ Unit di bawah JKMM ini diharapkan dapat meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baru kepada organisasi sedia ada dalam menambahbaik perkhidmatan khususnya, ke arah pelaksanaan Melaka Maju Fasa II.