Buletin ICT Negeri Melaka

TUJUAN PENERBITAN

  • Mulai bulan Jun 2013, Sektor K-Ekonomi telah berjaya menerbitkan Buletin ICT. Penerbitan Buletin ICT ini dibuat pada setiap bulan mulai bulan Jun 2013. Buletin ICT yang diterbitkan ini mengandungi maklumat terkini tentang teknologi maklumat yang merangkumi dari segi perkakasan, perisian, perkhidmatan, barangan gajet terkini serta turut memaparkan tokoh atau individu yang mencipta dan memperkenalkan sesuatu barangan atau perkhidmatan ICT tersebut.

  • Disamping itu, Buletin ICT ini turut mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan program-program ICT yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka terutamanya yang dilaksanakan oleh Sektor K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

  • Buletin ICT ini disediakan dalam rekabentuk yang menarik dan ia sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat berhubung barangan atau perkhidmatan ICT yang terkini.

  • Topik yang dijadikan isu Buletin ICT pada setiap bulan adalah berbeza.