Apa itu K-Ekonomi?

K-Ekonomi merupakan satu cabang ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Ia merupakan satu sistem ekonomi di mana penjanaan, ekploitasi ilmu serta penggunaan pengetahuan memainkan peranan yang penting di dalam membina kekayaan. Bagi negara-negara maju, lebih daripada 70% tenaga manusia adalah pekerja berpengetahuan.

K-Ekonomi di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka telah ditubuhkan pada tahun 2001 untuk membantu kerajaan dalam menterjemahkan cara baru ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai pemangkin untuk ICT.

Bagi menggerakkan aktiviti K-Ekonomi di negeri Melaka, penubuhan Inkubator K-Ekonomi dicadangkan pada tahun 2001 oleh mantan Ketua Menteri kesembilan sebagai sebuah pusat sehenti kepada usahawan ICT di negeri ini. Menerusi Seminar K-Ekonomi yang diadakan pada 8 Mac 2001, kerajaan negeri memutuskan Bahagian K-Ekonomi (Sektor K-Ekonomi) sebagai sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Melaka dan berperanan mengurus Inkubator K-Ekonomi.

Terletak di dalam kawasan MITC, Ayer Keroh dengan jarak hanya 5km daripada tol Ayer Keroh dan 15km dari pusat Bandar Melaka, Inkubator K-Ekonomi menawarkan lot-lot perniagaan dengan harga yang berpatutan mengikut keluasan serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Selain daripada pelaksanaan 12 Flagship dan penasihat kepada pembangunan teknologi, Sektor K-Ekonomi juga bertindak sebagai pengurus cybercenter di Negeri Melaka. Dalam masa yang sama  Sektor K-Ekonomi  juga memberi perkhidmatan sebagai  Pusat Sehenti  ICT bagi Negeri Melaka dan bersama-sama Invest Melaka melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan untuk semua pelaburan.

Moto

Menjana Pengetahuan, Membina Kekayaan & Menjamin Kesejahteraan 

 

Sijil ISO telah dianugerahkan kepada Sektor K-Ekonomi