Koridor Raya Multimedia (MSC)

Pengenalan

MSC atau dikenali sebagai “Multimedia Super Corridor” merupakan salah satu inisiatif nasional kerajaan Malaysia bagi industri informasi global dan teknologi komunikasi (ICT). Pencetus idea bernas ini adalah dari Perdana Menteri Malaysia ke-4, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1996. Ianya direka bagi menarik syarikat teknologi bertaraf dunia dan pada waktu yang sama membimbing industri ICT tempatan. Disokong sepenuhnya oleh Kerajaan, MSC Malaysia telah membawa transformasi negara ke arah K-Ekonomi sepanjang sedekad setengah yang lalu. MSC Malaysia adalah pintu masuk anda ke industri ICT di Malaysia dan rantau Asia.

Lokasi

Lokasi MSC terletak di satu kawasan berteraskan teknologi serta pengetahuan yang berkeluasan 15 x 50 kilometer persegi yang menjangkau kawasan segi tiga emas, meliputi utara Menara Berkembar Petronas (KLCC) sehingga selatan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), dan turut merangkumi Bandar Putrajaya dan Cyberjaya.

Pusat Bandar Kuala Lumpur menyediakan sistem telekomunikasi moden yang lengkap di Menara Kuala Lumpur. Sementara KLIA merupakan salah satu pintu masuk ke MSC. Manakala Putrajaya pula ialah sebuah bandar pentadbiran pintar di mana Kerajaan Elektronik diperkenalkan dan merupakan Pusat Bandar yang berteraskan IT.

Objektif

Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bermula pada tahun 1996 bertujuan:

  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.
  • Menjadikan Malaysia hub teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dinamik.
  • Menjadi teras utama kepada syarikat multinasional seperti syarikat asing dan syarikat tempatan untuk mengeluarkan produk multimedia dan komunikasi serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkaitan dengan ICT.
  • Jika dilihat dari asasnya projek MSC menunjukkkan kejayaan apabila sejumlah 1,208 syarikat telah diberi status MSC, penjanaan 19,000 pekerjaan berasaskan pengetahuan, penjualan produk berasaskan ICT sebanyak RM 68 juta dan sejumlah RM 522 juta telah dibelanjakan untuk P&P. Disamping itu, MSC juga telah memainkan peranannya dalam usaha memupuk penginovasian dan perkembangan syarikat yang berasaskan ICT di mana pada hari ini apa yang boleh dilihat lebih 70 peratus daripada syarikat sekuriti MASDAQ berstatus MSC.

Rancangan MSC

Terdapat beberapa rancangan di bawah MSC, antaranya ialah: 

  • MSC dilengkapi dengan suatu rangkaian telekomunikasi bersepadu yang pantas untuk menampung aktiviti-aktiviti perhubungan perkhidmatan maklumat dan perkhidmatan multimedia.
  • MSC menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif untuk menarik agensi termuka untuk memajukan Teknologi Maklumat, Telekomunikasi dan Multimedia.
  • Syarikat antarabangsa digalakkan mengadakan kerjasama dengan syarikat tempatan dan menghasilkan industri teknologi maklumat dan industri multimedia.
  • Kewujudan MSC sebagai pemangkin multimedia dan Putrajaya sebagai mercu pentadbiran akan membolehkan kewujudan jaringan teknologi maklumat dibangunkan di kawasan pusat pertumbuhan seperti Pulau Pinang, Kulim dan Kawasan Perindustrian Johor.
  • Di bawah konsep MSC, Malaysia akan menjadi pusat pembangunan teknologi maklumat (IT) serantau malahan seluruh dunia. Ia bakal menjadi pemangkin ekonomi dan pembangunan negara pada masa depan.

Aplikasi MSC

Bagi memastikan MSC berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupan rakyat negara ini serta berupaya menarik pelabur asing, kerajaan telah menetapkan tujuh aplikasi perdana yang akan dibangunkan sebagai projek utama sepanjang tempoh pembangunan MSC.

Empat aplikasi, dikategorikan sebagai 'Pembangunan Multimedia' iaitu:

  • Kerajaan Elektronik
  • Sekolah Bestari
  • Kad Pelbagai Guna
  • Teleperubatan

Tiga lagi Projek aplikasi perdana MSC pula dikategorikan sebagai 'Persekitaran Multimedia' iaitu:

  • Kluster R&D atau Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan
  • Rangkaian pengilang sedunia
  • Pusat pemasaran tanpa sempadan

 

Secara ringkasnya ketujuh-tujuh aplikasi perdana yang dinyatakan adalah seperti berikut: 

BIL

APLIKASI PERDANA

PENERANGAN

1.

Kerajaan Elektronik

  •       Jabatan Kerajaan akan berfungsi secara atas talian (online).
  •       Banyak perkhidmatan dan perhubungan akan dibuat secara elektronik.
  •       Semua pertanyaan, permohonan dan pembaharuan lesen dilaksanakan di kiosk atau melalui internet.

2.

Sekolah Bestari

  •       Setiap sekolah mempunyai kemudahan internet.
  •       Setiap sekolah mempunyai makmal komputer.
  •       Kementerian Pendidikan akan menyediakan garis panduan untuk kurikulum baru dan membangunkan kandungan aplikasi pembelajaran.

3.

Kad Pelbagai Guna

  •       Lebih dikenali sebagai MyKad
  •       Berfungsi sebagai:
  1.       Kad Pengenalan
  2.       Lesen Memandu
  3.       Maklumat
  4.       Maklumat Kesihatan
  5.       Touch n Go
  6.       MEPS
  7.       ATM

4.

Teleperubatan

  •       Memastikan MSC dijadikan pusat serantau untuk teleperubatan yang membolehkan semua pesakit dan pakar perubatan mendapatkan perkhidmatan perunding maya (virtual) melalui kemudahan multimedia.
  •         Di antara kemudahan flagship dalam teleperubatan:
  1.       Lifetime Health Record (LHR)
  2.       MyHealth Portal
  3.       Continuing Professional Development(CPD)
  4.       Teleconsultation

5.

Kluster R&D

  •       Pusat R&D akan dibangunkan di MSC untuk mendapatkan peluang kerjasama dengan pusat-pusat lain di dunia dalam bidang kejuruteraan, pembinaan dan kerja-kerja rekabentuk.

6.

Rangkaian Pengilang Sedunia

  •       Pengilang boleh menubuhkan bantuan hub serantau untuk menyelaras secara jauh operasi yang dilaksanakan di negara-negara lain.

7.

Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan

  • MSC menjadi tapak bagi syarikat untuk melancarkanelectronic commerce.