Indikator Melaka Maju 2015

Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka bertanggungjawab dalam pengemaskinian data-data bagi sektor ICT Negeri Melaka. Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menjadi sumber rujukan bagi menjamin keselamatan maklumat, kebolehpercaya menjadikan Melaka sebagai pusat tumpuan utama bagi mendapatkan perkhidmatan komunikasi, perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia.

Terdapat 4 indikator Melaka Maju 2010 di bawah sektor K-Ekonomi seperti berikut:-

  • Kadar penembusan talian tetap per 100 isi rumah.
  • Kadar penembusan telefon selular per 100 penduduk.
  • Kadar penembusan jalur lebar per 100 isi rumah.
  • Bilangan lokasi hotspot. 

Pencapaian serta Sasaran berkaitan dengan (4) untuk Indikator Melaka Maju 2015 di bawah Sektor K-Ekonomi & ICT. 

Bil Resolusi / Indikator Pencapaian Tahun 2015 (Q4)  Sasaran Tahun 2015
SKMM SKMM
1 Kadar penembusan Talian Ibusawat Terus per 100 isi rumah (DEL) 41.3% 75%
2 Kadar penembusan Telefon Selular per 100 penduduk 159.2% (tahun 2014) 200%
3 Kadar penembusan Jalur Lebar per 100 isi rumah 84.9% 100%
4 Bilangan Lokasi Hotspot mengikut negeri 1,255 (tahun 2014) 2000 lokasi

Sumber: Buku Maklumat Statistik (Q4 - 2015) - SKMM