Idea penubuhan Bahagian Inkubator K-Ekonomi ini adalah inisiatif dari YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam dengan titikᅠ permulaannya di Seminar K-Ekonomi padaᅠ 8 Mac 2001. Idea ᅠiniᅠ mula ᅠbercambah dalamᅠ misiᅠ pelaburanᅠ rombonganᅠ Kerajaan ᅠMelakaᅠke Amerika Syarikat pada awalᅠ tahun 2001 di mana YAB Ketua Menteriᅠ telahᅠ melawat Inkubator Teknologi yang terletak di Universiti Arizona.
Terletak kira - kira 5 km dari Plaza Tol Ayer Keroh dan 15 km dari Pusat Bandar, Inkubator K-Ekonomi menawarkan satu pusat perniagaan bertaraf dunia kepada para usahawan di dalam dan di luar negeri Melaka. Dengan ruang perniagaan yang pelbagai saiz dan bayaran sewa yang berpatutan, Inkubator K-Ekonomi sesuai untuk pelbagai peringkat bisnes.
Demikian itu, Bahagian K-Ekonomi bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan satu sistem rangkaian inovasi K-Ekonomi yang menyeluruh dan yang juga boleh membangunkan industri yang berasaskan pengetahuan dan ilmu.
ᅠ